"Transformasi Program Akademik Dalam Menghadapi Cabaran Generasi Alpha"
SKOP SEMINAR
Kami mengalu-alukan penghantaran manuskrip yang berkaitan dengan tema seminar
Inovasi dalam Program Akademik
Mengupas pendekatan baru dalam meningkatkan daya saing program akademik.
Kebolehpasaran Program Akademik
Strategi memastikan program akademik relevan dengan keperluan industri.
Pengurusan Program Akademik
Memfokuskan kaedah pengurusan yang lebih efektif dan inovatif.
KENAPA ANDA PERLU SERTAI?
1
Meneroka dan Membentuk Hala Tuju Akademik
Peluang untuk meneroka dan merancang hala tuju program akademik bagi memastikan ianya terus relevan dengan keperluan generasi Alpha.
2
Percambahan Ilmu Pengetahuan
Peluang untuk memperluaskan ilmu melalui kajian dan penemuan, hasil wacana minda yang melibatkan ahli akademik, pentadbir, dan pakar industri.
3
Platform Kolaborasi dan Pertukaran Idea
Peluang untuk mencipta platform kolaborasi dan ruang pertukaran idea antara ahli akademik, tokoh pentadbir, dan pemegang taruh dalam pembangunan program akademik.
4
Penyebaran dan Pendokumentasian Penyelidikan Terkini
Peluang untuk berkongsi dan mendokumentasikan hasil penyelidikan terkini dalam konteks pembangunan program akademik.
SIAPA PERLU SERTAI?
Pentadbir
Menguruskan hal ehwal akademik di semua Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US).
Kakitangan Akademik
Kakitangan akademik dari Universiti Awam, Universiti Swasta, dan institusi pendidikan lain.
Pelajar Pascasiswazah
Galakan penyertaan di kalangan generasi muda dalam program-program akademik lanjutan.
Staf IPTA/IPTS
Staf dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang terlibat dengan pengurusan akademik.
Industri
Industri yang terlibat dalam pengurusan akademik, khususnya dalam kerjasama dan inovasi.
Pakar-pakar Rujuk
Pakar dalam bidang pengurusan akademik yang memberikan panduan dan nasihat.
Penyelidik-penyelidik
Penyelidik yang terlibat dalam bidang akademik dan penyelidikan.
SILA KUNCI TARIKH INI
Tarikh Akhir Penerimaan abstrak : 14 Mac 2025
Tarikh Akhir Penerimaan manuskrip : 18 April 2025
Tarikh tutup pendaftaran & pembayaran : 18 April 2025
Tarikh seminar : 18-20 MEI 2025
BAGAIMANA KAEDAH PEMBENTANGAN?
Sesi Selari Secara Lisan
Pembentangan dijalankan secara lisan, membolehkan penyampaian maklumat secara terus kepada audiens dengan interaksi langsung dan penjelasan yang lebih mendalam.
Pembentangan Dwibahasa
Pembentangan menggunakan kedua-dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bagi memastikan pemahaman yang jelas dan inklusif untuk audiens yang berbilang latar belakang.